RSS

~tenanglah duhai hati~


Alhamdulillah, hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 4 n alhamdulillah ana masih lagi bernafas ke hari ni. Rasa sayu je Ramadhan kali ni sebab ana rasa ana keseorangan walhal housemates ana ada.

Sejak akhir-akhir ni ana tak tau kenapa ana terlalu moody. Pantang ada rasa tak suka, ana terus tarik muka terutama housemate ana. Seriously ana tak suka ana jadi camni, tapi ana dah lama bersabar. Apa yang ana buat, ada je yang tak kena. Ini tak kena, itu tak kena. Dah tu apa yang betul sangat? Dyorang tu tau nak mengarah je, especially sorang ni n tak yah la ana mention dye tu sape.

Sume orang perasan bila ana nak marah, tapi dyorg tak penah nak amik kisah. Tau nak complain je. Lau tau ana wat salah, tak leh ke tegur elok-elok? Ana pun ada perasaan jugak, tau marah, tau sakit ati, tau terasa. Ana dah penat nak jaga ati sume orang lam rumah tu. Kadang tu rasa sampai nak cekik je, mulut tu nak cabai je... Tapi ana sabar je lagi.

Ya Allah, ana rasa penat duk lawan perasaan marah ni. Ana tau marah tu api dan ana tau api tak leh lawan ngan api. Ana harap Ramadhan kali ni dapat didik hati ana untuk lebih bersabar, tak terlalu ikut kata hati. Tenangkanlah hati ni ya Allah... Jangan biarkan hari ana lebih buruk dari semalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Marhaban ya Ramadhan~

Alhamdulillah, 1st/Aug/2011 bsamaan 1 Ramadhan 1432H...
Alhamdulillah, ana masih sempat bertemu dengan Ramadhan. Moga tiap apa yang ana lakukan pada bulan ini dirahmati Allah.. Bukan aje dalam bulan Ramadhan kite kena beribadah, tapi dalam bulan ni Allah dah janji akan dilipatgandakan pahala. JAdi rugi la ana kalau tak merebut kesempatan ni...

Ana masih teringat akan Ramadhan sebelum ni, mengimarahkan Ramadhan yang datang setahuun sekali.. Setiap malam solat terawikh berjamaah di surau Redang dan kadangkala di Masjid bersama-sama sahabat ana. Usai solat terawikh, kami sama-sama bertadarus. Di sepertiga malam kami bersama bangun qiam.. Betapa ana rindukan suasana tu. tapi sekarang dah tak sama, sahabat ana lagi awal grad, tinggallah ana sorang-sorang...

Tapi apa pun, jangan dijadikan penyebab untuk ana tak solat terawikh, tadarus al-Quran dan qiam. Semuanya membuatkan ana lebih kuat. Kalau dulu, ana akan berharap sahabat ana lakukan bersama. Tapi sekarang dah lain.
Apa yang penting, sucikan ati, ikhlaskan niat. Moga apa yang ana lakukan membuahkan hasil dan yang lebih penting, diredhai Allah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~kecantikan wanita~

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
...5.Mempersona krn memaafkan
6.Mengasihi tnp balasan
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~something new~

Bila dok jauh ngan family ni mengajar ana sesuatu yg baru walhal dah 3 tahun lebih ana tak dok ngan family. Tapi dulu ana stay kat hostel, tapi skrg ana dok umah sewa ngan member2. Lain citer dok hostel ngan dok umah sewa ni. Gaya macam dah keje. Hihihi~

Bez ke duk luar ni??? Hmm... Xde la bez sgt, ana prefer dok ngn family. Lagi selesa ada ma abah kat umah. At least ana rasa selamat. Duit pun jimat. Hehehe~

Bila dok luar ni, makan minum sume kena pndai kire sndri. Xleh boros... Then, nak kena reti jaga ati housemates. Tu yang susah sbnrnya.. Ana ni bukannye baik sangat, tapi ana try nak tolerate. Tapi lau geram sangat, terlepas gak. Hihihi~

Lam umah ni, ana banyak title.. Ada kadang2 kena panggil mak, panggil bibik pun ada. Tu yang tak suka... Tapi ana wat slumber je, anggap dyorang sume bgurau. Kata orang, idup ni xde yang manis lau 24 hours nak serious. Betul x???

Ana sebenarnya rindu nak balik umah. Nak tengok ma abah. Ntah sihat ke x, makan minum ma abah camne?? Ana kalau boleh xnak dah study ni. Bukan give up, tapi kesiankan ma abah. Dah tua2 pun, sibuk cari duit nak tanggung anak2 belajar. Hmmm... cara nak balas sume tu, ana kena study rajin2 walaupun result ana xpernah gempak.

Waaa... da lari topic ana rasa ni. K la, drpd ana terus melalut, better ana stop dulu rite. Adehhh, mau study cikit ka???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~everything gonna be alrite, insyaAllah~

Hmmm... nak keje ke x nak? nak keje... tapi ma abah xkasi. Nak ke x nak ni? Adehhh, poning den lagu ni! Idup susah kat sini xkan ana nak kasi ma abah tau? X nak susahkn diorang...

Kalau dulu ana leh keje kat JD Mart, but know dah susah. Nak masuk kolej pun da satu hal... Nak keje katne yep??? Mydin? Nak pi bandar lagi susah, xde transport! Hmmm... termenung panjang lagi la ana lau camni gayanye...

Duit kena cari cepat2 ni, sewa rumah next month xde lagi ni.. Ya Allah, camne ni??? x nak susahkan ma abah da... Ana kena wat something gak ni. X leh duk saje2, mana duit nak masuk? Makin keluar ada la, cam air paip je duit skang ni..

Ni baru pikir sem ni. X pikir future lagi.. Waduh... x baik mengeluh ana... Cool je, smile!!! Sengih memanjang okai?? Hahaha~

Pape pun ana x menyerah kalah lagi. Genggam bara api sampai jadi arang. Nak seribu daya, x nak seribu dalih! Gabatte ana!! Do da best, lets Allah do da rest!!

USAHA + DOA = KEJAYAAN!!

That's rite ana! Think positive, dun be pessimist or paranoid or something make me feel down. ALLAH sentiasa dekat kalau ana cuba dekatkan diri ana pada DIA kan? Yeah, bersemangat waja okai!!! wahahahaha~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~rumah baru~

bismillahirrahmanirrahim..
Ahad lepas ana sampai kat umah sewa. Hihi~ Excited! Mana taknye, first time in my life duk umah sewa ngan member2... Lau x sbb 'something', ana da abis study. tapi xpe la kan, maybe ada hikmah sume ni. Husnudzon je... Allah lebih tau ape yang terbaik untuk ana.

Let me introduce my housemates, Yani, Adlina (both of them merangkap roomates..), Eny, Anis, Aliaa, Tia. Dyorang duk 1 blik 2 org. Best duk reramai ni. Cam family... ngee~

1 thing yang ana nak cakap, bila duk kat umah sewa ni, duk reramai sekali ngan member kena apa???
K-E-R-J-A-S-A-M-A
Yup, kerjasama! cam wonderpet tu... Nanti lau duk umah memang kadang tu cam ada gak yang tak puas ati ke apa, tapi pape pun kena tolerate. Baru la idup aman damai... wahaha~ Ana bercakap cam nak pidato lak. Pape pun kena tolak ansur n kerjasama. hhihi~

Abis sudah citer ana wat sementara ni. Dah nak asar... waaa... xmandi lagi ni.. hihihi. K, take care... hihi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~kE mAnA aNa nAnTi???~

Alhamdulillah, masih ana diberi nikmat hidup. Nikmat kesihatan, nikmat iman dan ehsan. Nikmat yang tak tercapai syukurnya. Alhamdulillah, ana teramat bersyukur.

2 minggu lagi ana akan meneruskan pengajian dan harapannya ana akan habiskan pengajian dalam jangka masa itu. Bukan ana tidak redha akan apa yang telah terjadi, tapi tipu andai ana kata ana tak rasa terkilan. Grad bersama sahabat-sahabat. Namun kini hanya menjadi impian yang terbang entah ke mana. Angan-angan itu punah sama sekali.

Hampir satu sem ana tak dapat terima hakikat bahawa ana terpaksa extend one more semester. Sedari khilaf ana, pastinya ALLAH Maha Tahu apa yang akan terjadi. Ana redha kini. Dan ana perlu tamatkan perjuangan ini walau terasa pahitnya.

Ana tertanya-tanya ke manakah ana kelak bila tamat diploma. Adakah ana akan meneruskan pengajian, sambung degree atau cuba mendapatkan kerja? Ana masih tidak pasti. Masih terasa jauh perjalanan, tapi semputnya toksah cakap. =)

Cemburu dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan. Tamat sudah mereka ya. Dalam menyambut kegembiraan mereka, ana senyum dalam payah. Gembira atas kejayaan mereka, tapi dalam masa yang sama, merasai kedukaan ana. Tapi tak adalah sampai nak tunjuk ana bersedih. Itu hanya ana yang rasa.

Moga apa yang bakal ana tempuhi kelak, punya ruang untuk ana mengabdikan diri padaNYA. DIA yang lebih mengetahui apa yang ana perlu, apa yang ana hajatkan. Malah, tiap apa yang ana lakukan, ana inginkan redhaNYA.

Ana seperti hamba yang lain, dosa terpalit ke tubuh. Moga masih ada tempat ana di sisiNYA. Ana akui, ana lara, ana lalai. Leka dengan nikmat hidup, leka dengan kesenangan sehingga ana lupa semuanya bakal dihisab. Ana tidak lupa akan janjiNYA, tapi kerana terlalu inginkan penuhi naluri hati, ingin dapatkan apa yang ana inginkan, ana buat lupa akan yang dibenciNYA.

Ampunkan ana Ya RABB... Ana yang khilaf. Bukan ana tidak tahu, ana tahu. Tapi kerana terikut akan hawa nafsu dan bisikan syaitan, ana rebah. Masihkah punya kesempatan untuk ana bertaubat? Apakah KAU masih mahu terima taubat ana meskipun sudah berapa kali ana lakukan?

Tak terasa ana akan diampunkan. Terbayangkan seksaMU kelak, ana takut. Bimbang. Takut untuk merasai bahang nerakaMU. Seksanya teramat pedih. Ana tahu itu. Oh Tuhan, bisakah ana mencium bau syurgaMU? Mampukah ana memjejakkan diri ke sana? Layakkah ana?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~aKu~

Andai aku mampu mencapai bulan
Akan kuberikan padamu.
Andai aku mampu memetik bintang
Akan kurantaikan pada lehermu.
Andai aku mampu mendinginkan mentari
Pastinya aku ingin melihatmu tenang.

Namun aku tidak sehebat itu
Hanya mampu mengungkap kata
Cuba mengotakan segala janji
Yang aku sendiri kurang pasti
Apakah aku mampu penuhinya.

Melihatmu ketawa
Aku terasa dunia ini milikku.
Terpandangkan wajah surammu,
Terasa carik hati ini.

Aku seorang anak
Yang semestinya ingin membahagiakan dirimu
Maafkan aku andai aku
Hanya mampu membuatmu menangis
Maafkan aku.

Kini
Aku masih terus melangkah
Menjernihkan sirna
Moga apa yang kau rasa dulu
Tidak lagi menjadi tusukan jarum tajam.

Moga cinta ini
Sentiasa di dalam redha ALLAH
Saat aku kehilangan kata
Saat aku tersungkur rebah
Saat diri terasa lemah
Hanya padaNYA yang Maha Mengerti
Aku bergantung harap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~dengarilah sayang~


Dengarilah sayang,
Puisi khas untukmu yang lembut jiwanya.

Kau ibarat kuntum penyeri pagi,
Mekar disimbah embun semalam,
Kudupnya terlindung di balik kelopak segar,
Indah, namun sukar untuk disunting.

Malumu terletak,
Menjadi benteng sahsiah diri,
Langkahmu menunduk memandang tanah,
Mengenang asal-usulmu.

Tangismu kerana ALLAH,
Sujud taat menyembah yang ESA,
Di sepertiga malam yang hening,
Demi menagih cintaNYA yang agung.

Usah kau bersedih
Wahai sahabat tersayang,
Kerana kau sebenarnya
dilindungiNYA dengan sayap rahmat.

Bersyukurlah dan ucaplah hamdalah,
Kerana nur hidayah menusuk di kalbu,
Kau hamba terpilih,
Untuk merasai kasih sayangNYA.
Nikmat yang tidak terhingga .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~asal usulnya api~

Diriwayatkan bahawa Rasulallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar
ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari
neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada
malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu
engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun
setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. Memandangkan keadaan yang rumit
ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia.
Maka jibril as mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan
api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan
sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas
sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat
jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan
juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn
sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya
bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~seRikAndi IsLaM~

Ingin aku menjadi serikandi Islam
Berdiri tegak walau di ambang bahaya
Tiada terpancar wajah gentar
Teguh dengan iman yang menghuni hati
Sebersih aliran sungai di taman syurga.

Bukan mudah untuk menjadi seunggul Siti Khadijah
Setia menjadi sayap kiri Rasulullah
Walau dicemuh dan dihina
Namun kerana cintanya yang tinggi
Ditolak segala kata nista.

Bukan mudah untuk menjadi sebijak Siti Aishah
Isteri Rasulullah termuda
Bersama menyebarkan agama ALLAH
Setia di sisi suami ketika di ambang sakarat
Redha akan segala ketentuanNYA.

Bukan mudah untuk menjadi sesetia Siti Fatimah
Taat akan segala perintah
Menyayangi ayahanda tersayang
Puteri kesayangan Rasulullah
Menjadi penghulu wanita di syurga.

Bukan mudah untuk menjadi seteguh Rabiatul Adawiah
Mengagungkan cinta yang satu
Betapa kuat hatinya mencari cinta
Tanpa mengenal erti putus asa
Demi cintaNYA yang didambakan.

Bukan mudah untuk menjadi setabah Siti Hajar
Berkejaran di bawah terik mentari
Mencari air buat permata hati
Redha ditinggalkan suami
Demi agama yang tercinta.

Bukan mudah untuk menjadi seikhlas Asiah
Tiada gentar berhadapan dengan suami, Firaun
Zalim mengakui dirinya tuhan
Demi seorang bayi tidak bersalah
Lahirnya menjadi manusia pembawa agama suci.

Bukan mudah untuk menjadi serikandi Islam
Bidadari-bidari taman syurga
Akan kucontohi mereka
Kuat dengan pendirian
Demi Islam tercinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~siapa aku?~

Bismillahirrahmanirrahim...
Terkadang diri ini tak tahu siapa dia yang sebenar. Hati ni selalu je protes dengan apa yang ana nak. Hati nak buat benda baik, tapi lain yang jadi. kadang tu nak baca Quran pun boleh nak delay. Kalau ajal maut, hari qiamat boleh delay, camne rupa la ana ni nanti ye? Astaghfirullahalazim...

Bukan untuk bercerita kisah suka duka ana di sini, cuma sekadar ingin berkongsi. Tak semua yang kita inginkan dapat kita perolehi. Langkah terkadang terpaksa dipangjangkan demi memenuhi kehendak dan impian. Tak hairan kaki ini sentiasa tersadung. Jatuh dan sering jatuh. Jika diri ini benar-benar kuat, dia bangun walaupun tubuhnya dipenuhi luka. Memang penat. Namun, untuk mengejar sebuah kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan yang pasti akhirat, pengorbanan termat dituntut.

Ana akui diri ana terlalu lemah. Begitu cepat mengalah. Air mata teman rapat. Tapi kelemahan itu bukan penghalang. Jatuh, bangun. Jatuh, bangun. Begitulah seterusnya hidup ana walau puas dicemuh orang. Senyuman itu terasa pahit. Redha pada ALLAH jualah penawarnya.

~aSkiNg sOuL~
Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
...Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~bila hati bermuhasabah~


Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan menghirup udara milik yang Khalik walaupun pagi ini terasa sedikit sesak nafas.Namun, semua itu ana cuba hadapinya. Sedikit teguran daripadaNYA. Lantas ana bangkit dan menghadapi kehidupan seperti biasa.

Part time job kadang-kadang terasa juga penatnya walaupun hanya hujung minggu. Tapi tahan ajelah, nak side income katakan... Ganbatte miseru yo!!^_~

Dua tiga minggu ini ana sedikit tertekan. Assignment, project, presentation dan personal problem yang ana boleh elak, tapi ana tak cuba elakkan... Saat terasa penat dengan ujian Pencipta, ana hampir tersungkur. Menangisi tiap lelah yang ana lalui. Ketika itu, ana terlupa bahawa ana masih punya DIA yang terasa kian ana jauhi. Semalam ana outing bersama kawan sekuliah, kononnya mahu melepaskan tension. Pulang dari pasar minggu lewat petang, ana singgah di Pusat Hidayah, masjid UiTM Dungun. Solat maghrib di sana. Apa yang memilukan, ana terlupa malam jumaat. Ana terlalu leka dengan kehidupan duniawi. Tanpa berfikir lagi, ana berjemaah membaca surah Yassin. Mahu saja menitis air mata ini kerana terlalu asyik dengan nikmat hidup yang sementara.

Bermuhasabahlah hati ini menangisi segala kealpaan yang kian mengambil tempat di hati. Terlalu hina dimataNYA. Ana lupa untuk bersyukur. Teruknya ana saat ini. Ana malu untuk menadah tangan meminta daripada si Pemberi Nikmat. Ana mahukan hati baru, suci bersih. Terasa tak larat nak menyental daki-daki dosa yang telah lama berumah di hati.

Ya ALLAH, apakah ana punya tempat di sisiMU? Jenuh ana tangisi. Puas sudah ana mengingatkan noda-noda yang ana tinggalkan. Terasa begitu kotor dan hina sehingga tidak layak langsuung untuk memikirkan syurgaMU.

Ana mahu pulang. Kembalikan diri ke zaman dulu, ketika masih belum pandai berlari. Kerana ana mahu bertatih dari awal semula dan membina hati dengan keadaan yang benar-benar redha kepadaMu wahai Rabb... Tapi ana tahu, tak adanya time machine untuk ana pulang ke zaman dulu-dulu. Hanya kembali padaNYA jualah tempat terbaik...

Air mata boleh menitis,
Hati boleh menagis,
Tapi lisan hanya boleh mengucapkan kata-kata yang ALLAH redha.
Ampunkan ana ya ALLAH... Ampunkan ana... Ampunkan segala khilaf ana... Bawalah hati ini ke jalan yang KAU redahai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~mengemis kasihMU, ya ALLAH~

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
Saat ana menangkap bait-bait nasyid mengemis kasih, dada ini berdegup kencang. Tubuh terasa menggeletar dek tersindir dalam diam. Hakikat yang ana terima kerana itulah diri ana. Tika itu terlayar segala tingkah dan dosa menebari peluput minda. Satu-persatu datang menghimpit sehinggakan dada terasa dihimpit. Peluh memercik di dahi. Kolam mata tidak mampu lagi bertahan menampung takungan air mata lalu mengalirlah tanpa dipaksa. Kabur segala pandangan mata. Mungkinkah hati ini sebenarnya sudah lama kabur? Na’uzubillahiminzalik...
Perjalanan hidup hampir 21 tahun ini terasa terbeban. Tiba-tiba benak ana diasak persoalan. Menunjal-nunjal kepala yang sudah sedia kala sakit. Terlintas bagaimana keadaan ana kelak ketika mula-mula roh ditarik keluar sehinggalah menanti saat dihisab dan diadili.
Apakah ana seperti yang telah diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai, Ibnu Majah, serta yang selainnya telah meriwayatkan dari hadits Al-Baro’ bin ‘Azib, bahwa suatu ketika para sahabat berada di pekuburan Baqi’ul ghorqod. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi mereka. Beliau pun duduk. Sementara para sahabat duduk disekitarnya dengan tenang tanpa mengeluarkan suara, seakan-akan di atas kepala mereka ada burung. Beliau sedang menanti penggalian kubur seorang yang baru saja meninggal.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya dan mengucapkan:
أعوذ بِاللّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْر
“Aku berlindung kepada Allah dari azab kubur.”
Beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali. Setelah itu, baginda bersabda:
“Sesungguhnya bila seorang yang mukmin menghadap ke alam akhirat dan meninggalkan alam dunia, turun kepadanya sejumlah malaikat berwajah putih yang seolah-olah seperti matahari. Mereka membawa sebuah kain kafan dan minyak wangi dari surga. Mereka pun duduk di dekatnya sejauh mata memandang. Lalu datanglah malaikat Izrail dan duduk di dekat kepalanya. Malaikat pencabut nyawa berkata:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطيبة، أخرجي إلي مغفرة من الله و رضوان
“Wahai jiwa yang baik, keluarlah engkau kepada keampunan dan keredhaan Allah S.W.T.”
Maka nyawanya keluar dan mengalir seperti air yang mengucur dari mulut wadah. Lalu malaikat pencabut nyawa mengambilnya. Nyawanya tidak dibiarkan sekejap mata pun berada di tangan malaikat Izrail dan segera diambil oleh para malaikat yang berwajah putih tadi. Kemudian mereka meletakkannya pada kain kafan dan minyak wangi surga yang telah mereka bawa. Maka nyawanya mengeluarkan aroma minyak wangi misik yang paling terbaik di muka bumi. Lalu mereka menyertainya untuk naik ke langit. Tidaklah mereka melewati sekumpulan malaikat melainkan para malaikat itu akan bertanya: “Siapakah nyawa yang baik ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah Fulan bin Fulan”, dan disebutkan namanya yang paling terbaik ketika mereka memanggilnya di dunia.
Tatkala mereka telah sampai membawanya kelangit, mereka meminta agar pintu langit dibukakan untuknya. Maka dari setiap langit dia diiringi oleh para penjaganya sampai ke langit berikutnya. Demikianlah yang akan terjadi hingga dia sampai ke langit yang disana ada Allah. Maka Allah berfirman:
اكتبوا كتاب عبدي في عليين, و أعيدوه إلى الأرض, فإني منها خلقتهم, وفيها أعيدهم, و منها أخرجهم تارة أخرى
“Catatlah oleh kalian bahwa hambaku (ini) berada di surga ‘illiyyin, dan (sekarang) kembalikanlah dia ke muka bumi. Sungguh darinya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya Aku akan mengembalikan mereka, serta darinya pula Aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi”.
Kemudian nyawanya dikembalikan ke dalam jasadnya. Lalu datanglah dua orang malaikat kepadanya. Keduanya bertanya, siapa Rabbmu? Maka dia menjawab, Rabbku adalah Allah. Keduanya kembali bertanya, apa agamamu? Maka dia menjawab, agamaku adalah islam. Keduanya kembali bertanya, siapa orang yang telah diutus di tengah kalian ini? Maka dia menjawab, beliau adalah utusan Allah. Keduanya kembali bertanya, siapakah yang telah mengajarimu? Maka dia menjawab, aku membaca kitab Allah, beriman kepadanya dan membenarkannya.
Kemudian terdengarlah suara yang menyeru dari langit, “Hambaku ini telah benar. Bentangkanlah untuknya permadani dari surga dan bukakanlah sebuah pintu ke surga”.
Maka harum wangi syurga pun menerpanya dan kuburnya diperluas sejauh mata memandang. Lalu datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya, pakainnya, dan harum wanginya. Orang itu berkata, bergembiralah dengan segala yang akan menyenangkanmu. Ini adalah hari yang dahulu engkau telah dijanjikan. Maka si mukmin bertanya kepadanya, “Siapakah engkau? Wajahmu adalah wajah yang datang dengan membawa kebaikan.” Dia pun menjawab, “Aku adalah amalmu yang soleh.” Lalu si mukmin berkata, “Wahai Rabbku! Segerakanlah hari kiamat agar aku kembali kepada keluarga dan hartaku”.
Selanjutnya, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Adapun bila seorang yang kafir meninggalkan alam dunia dan menghadap ke alam akhirat, turun kepadanya dari langit sejumlah malaikat yang berwajah hitam legam. Mereka membawa sebuah kain kafan yang buruk dan kasar. Mereka pun duduk di dekatnya sejauh mata memandang. Lalu datanglah malaikat pencabut nyawa dan duduk di dekat kepalanya. Malaikat pencabut nyawa berkata,
“Wahai jiwa yang buruk, keluarlah engkau kepada kemurkaan dan kemarahan Allah”.
Maka nyawanya tercerai-berai di dalam jasadnya. Kemudian malaikat pencabut nyawa merenggut nyawanya seperti mencabut besi pemanggang daging dari bulu domba yang basah. Setelah malaikat pencabut nyawa mengambilnya, tidak dibiarkan sekejap mata pun berada di tangannya dan segera diambil oleh para malaikat yang berwajah hitam legam tadi. Lalu mereka meletakkannya pada kain kafan (yang telah mereka bawa) itu. Sehingga keluarlah dari nyawanya seperti bau yang sangat busuk di atas muka bumi.
Kemudian mereka naik bersamanya. Tidaklah mereka melewati sekumpulan malaikat melainkan para malaikat itu akan bertanya, siapakah nyawa yang buruk ini? Mereka menjawab: “Ini adalah Fulan bin Fulan” dan disebutkan namanya yang paling terburuk ketika mereka memanggilnya di dunia.
Kemudian mereka membawanya naik sampai ke langit dunia dan dimintakan agar pintu langit di bukakan untuknya. Namun pintu langit tidak dibukakan untuknya”.
Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat yang berbunyi,
لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ
“Tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk surga sampai unta bisa masuk ke dalam lubang jarum.” (QS. Al-A’rof: 40)
Selanjutnya Allah Azza wa jalla berfirman,
“Catatlah oleh kalian bahwa ketetapannya berada di (neraka) Sijjiin, di bumi yang paling bawah”.
Setelah itu, nyawanya benar-benar dilemparkan. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat yang berbunyi,
“Barangsiapa yang berbuat syirik kepada Allah, Maka dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh”. (surat Al Hajj:ayat 31)
Demikianlah, nyawanya dikembalikan ke dalam jasadnya. Maka dua malaikat mendatanginya lalu mendudukkannya. Keduanya bertanya, “Siapa Rabbmu?” Dia menjawab, “Hah.. hah..aku tidak tahu”. Keduanya kembali bertanya, “Siapa orang yang telah diutus ditengah kalian ini?” Dia menjawab, “Hah..hah..aku tidak tahu.” Kemudian terdengarlah suara yang menyeru dari langit, “Dia telah berdusta, bentangkanlah untuknya permadani dari api neraka dan bukakanlah sebuah pintu ke neraka.” Sehingga hawa panas dan racun neraka pun menerpanya dan kuburnya dipersempit sampai tulang-tulang rusuknya saling bergeser. Lalu datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya, pakainnya, dan busuk baunya. Orang itu berkata, “Bergembiralah dengan segala yang akan memperburuk keadanmu. Ini adalah hari yang dahulu engkau telah dijanjikan.” Maka si kafir bertanya, “Siapakah engkau? Wajahmu adalah wajah yang datang dengan membawa keburukan.” Dia pun menjawab, “Aku adalah amalmu yang buruk.” Lalu si kafir berkata, “Wahai Rabbbku! Janganlah engkau datangkan hari kiamat”.
Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah di dalam kitabnya “Ahkamul Janaiz” (hal. 156-157) dan tahqiq beliau terhadap “Syarh Aqidah Thahawiyyah” (hal. 397-398).
Betapa berbezanya keadaan mati dalam iman dan dalam kekafiran. Moga kita semua masih di dalam rahmat dan kasih sayangNYA. Wallahu’alam bissowab...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~KARYA SYED QUTB~

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurgaNya bangga merimaku,
Burung-burungNya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNya,
Jangan gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana, fajar sedang memancar.

-Syed Qutb-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~LOTS OF LOVE~

Terkadang,kasih yang kita hulur tak semestinya sayang yang kita sambut.
Adakalanya,madu yang kita beri, pahitnya yang kita rasa.
Dalam meniti hari, saat yang tak terhitung itu, bertimpa-timpa ujian yang datang.

Sesekali terasa penat berjalan. Jenuh mencari noktah dugaan yang bagai tiada penghujungnya. Tipu andai tiada tangis, tiada sendu di setiap perjalanan. Bohong andai kukata tiada luka dalam aku cuba meneruskan apa yang terdaya. Meski pun begitu, mahu atau tidak, hidup itu satu pelayaran. Meredah ia dalam kepayahan.

Setenang wajah, tak bermakna hati ini tak pernah berkocak. Jiwa terasa sepi. Luka bersalut nanah. Ketenangan yang sukar kutemui.

Pantai yang tenang, damai. Enak memandang. Namun sesekali ombak menghempas tepian pantai, berubah jua. Begitu jualah diri ini. Sabar itu ubat. Tapi jika ia sudah bernanah luka, lama juga untuk sembuh. Bimbang terbawa-bawa hingga ke sudah.

Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui,Maha atas segala-galanya. Aku berserah pada takdir. Tapi bukan bermaksud aku sudah berputus asa. Berusaha selagi daya, berlari selagi mampu. Andai tidak, berjalan, dan mungkin juga aku akan merangkak. Namun bukan itu penghalangnya.

Andainya aku masih gagal, aku redha. Biarlah pahit yang kutelan. Biar sakit yang kutanggung. Biar perit aku jalani sendirian. Biar aku tak dipandang, biar aku dihina, biar aku dibenci. Apa yang kuhajati, setiap tindakanku memberi kesan buat semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS