Terkadang,kasih yang kita hulur tak semestinya sayang yang kita sambut.
Adakalanya,madu yang kita beri, pahitnya yang kita rasa.
Dalam meniti hari, saat yang tak terhitung itu, bertimpa-timpa ujian yang datang.
Sesekali terasa penat berjalan. Jenuh mencari noktah dugaan yang bagai tiada penghujungnya. Tipu andai tiada tangis, tiada sendu di setiap perjalanan. Bohong andai kukata tiada luka dalam aku cuba meneruskan apa yang terdaya. Meski pun begitu, mahu atau tidak, hidup itu satu pelayaran. Meredah ia dalam kepayahan.
Setenang wajah, tak bermakna hati ini tak pernah berkocak. Jiwa terasa sepi. Luka bersalut nanah. Ketenangan yang sukar kutemui.
Pantai yang tenang, damai. Enak memandang. Namun sesekali ombak menghempas tepian pantai, berubah jua. Begitu jualah diri ini. Sabar itu ubat. Tapi jika ia sudah bernanah luka, lama juga untuk sembuh. Bimbang terbawa-bawa hingga ke sudah.
Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui,Maha atas segala-galanya. Aku berserah pada takdir. Tapi bukan bermaksud aku sudah berputus asa. Berusaha selagi daya, berlari selagi mampu. Andai tidak, berjalan, dan mungkin juga aku akan merangkak. Namun bukan itu penghalangnya.
Andainya aku masih gagal, aku redha. Biarlah pahit yang kutelan. Biar sakit yang kutanggung. Biar perit aku jalani sendirian. Biar aku tak dipandang, biar aku dihina, biar aku dibenci. Apa yang kuhajati, setiap tindakanku memberi kesan buat semua.
~LOTS OF LOVE~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment