RSS

~bila hati bermuhasabah~


Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan menghirup udara milik yang Khalik walaupun pagi ini terasa sedikit sesak nafas.Namun, semua itu ana cuba hadapinya. Sedikit teguran daripadaNYA. Lantas ana bangkit dan menghadapi kehidupan seperti biasa.

Part time job kadang-kadang terasa juga penatnya walaupun hanya hujung minggu. Tapi tahan ajelah, nak side income katakan... Ganbatte miseru yo!!^_~

Dua tiga minggu ini ana sedikit tertekan. Assignment, project, presentation dan personal problem yang ana boleh elak, tapi ana tak cuba elakkan... Saat terasa penat dengan ujian Pencipta, ana hampir tersungkur. Menangisi tiap lelah yang ana lalui. Ketika itu, ana terlupa bahawa ana masih punya DIA yang terasa kian ana jauhi. Semalam ana outing bersama kawan sekuliah, kononnya mahu melepaskan tension. Pulang dari pasar minggu lewat petang, ana singgah di Pusat Hidayah, masjid UiTM Dungun. Solat maghrib di sana. Apa yang memilukan, ana terlupa malam jumaat. Ana terlalu leka dengan kehidupan duniawi. Tanpa berfikir lagi, ana berjemaah membaca surah Yassin. Mahu saja menitis air mata ini kerana terlalu asyik dengan nikmat hidup yang sementara.

Bermuhasabahlah hati ini menangisi segala kealpaan yang kian mengambil tempat di hati. Terlalu hina dimataNYA. Ana lupa untuk bersyukur. Teruknya ana saat ini. Ana malu untuk menadah tangan meminta daripada si Pemberi Nikmat. Ana mahukan hati baru, suci bersih. Terasa tak larat nak menyental daki-daki dosa yang telah lama berumah di hati.

Ya ALLAH, apakah ana punya tempat di sisiMU? Jenuh ana tangisi. Puas sudah ana mengingatkan noda-noda yang ana tinggalkan. Terasa begitu kotor dan hina sehingga tidak layak langsuung untuk memikirkan syurgaMU.

Ana mahu pulang. Kembalikan diri ke zaman dulu, ketika masih belum pandai berlari. Kerana ana mahu bertatih dari awal semula dan membina hati dengan keadaan yang benar-benar redha kepadaMu wahai Rabb... Tapi ana tahu, tak adanya time machine untuk ana pulang ke zaman dulu-dulu. Hanya kembali padaNYA jualah tempat terbaik...

Air mata boleh menitis,
Hati boleh menagis,
Tapi lisan hanya boleh mengucapkan kata-kata yang ALLAH redha.
Ampunkan ana ya ALLAH... Ampunkan ana... Ampunkan segala khilaf ana... Bawalah hati ini ke jalan yang KAU redahai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment