RSS

~seRikAndi IsLaM~

Ingin aku menjadi serikandi Islam
Berdiri tegak walau di ambang bahaya
Tiada terpancar wajah gentar
Teguh dengan iman yang menghuni hati
Sebersih aliran sungai di taman syurga.

Bukan mudah untuk menjadi seunggul Siti Khadijah
Setia menjadi sayap kiri Rasulullah
Walau dicemuh dan dihina
Namun kerana cintanya yang tinggi
Ditolak segala kata nista.

Bukan mudah untuk menjadi sebijak Siti Aishah
Isteri Rasulullah termuda
Bersama menyebarkan agama ALLAH
Setia di sisi suami ketika di ambang sakarat
Redha akan segala ketentuanNYA.

Bukan mudah untuk menjadi sesetia Siti Fatimah
Taat akan segala perintah
Menyayangi ayahanda tersayang
Puteri kesayangan Rasulullah
Menjadi penghulu wanita di syurga.

Bukan mudah untuk menjadi seteguh Rabiatul Adawiah
Mengagungkan cinta yang satu
Betapa kuat hatinya mencari cinta
Tanpa mengenal erti putus asa
Demi cintaNYA yang didambakan.

Bukan mudah untuk menjadi setabah Siti Hajar
Berkejaran di bawah terik mentari
Mencari air buat permata hati
Redha ditinggalkan suami
Demi agama yang tercinta.

Bukan mudah untuk menjadi seikhlas Asiah
Tiada gentar berhadapan dengan suami, Firaun
Zalim mengakui dirinya tuhan
Demi seorang bayi tidak bersalah
Lahirnya menjadi manusia pembawa agama suci.

Bukan mudah untuk menjadi serikandi Islam
Bidadari-bidari taman syurga
Akan kucontohi mereka
Kuat dengan pendirian
Demi Islam tercinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment